Thursday, July 21, 2011

kenduri oh kenduri ...

assalammualaikum.. 
lama da x update belog ni.. soe la bz an practikal lagi, hem kalah kann bos pulak bz nye.. hehhehe..
nak cakap pasal kenduri arwah yg buat kat rumah nenek minngu lepas ( 16.7.2011) agak meriah la.. mungkin sebab semua pakcik an makcik aku ade.. riuh nye mengalahkan orang jual ikan kat market tu.. tapi aku enjoy la,dpt gelak2.. nangis pulak biler cakap pasal arwah ni.. kenduri arwah ni untuk moyang aku, abah aku, pak ulong aku.. semua la sedara yg da meninggal.. hemm.. semoga semua arwah di tempatkan dikalangan org2 yg beriman.. ni ade sikit pic yg sempat aku rakamkan sepanjang 1 ari dr mula nk masak sampai ke siap kenduri...

menu 1 : ikan keli masak kencur.. (aku yg goreng )

menu 2 : kari ayam

ni la yg dihidangkan, simple jew..

masak + gosip

si penggoreng ikan, sempat posing..

yummy..

posmen puding kota damnsara - kg sekendi

situasi2..

rasa da cukup la pic ni.. ade byk lagi sebanarnye..
u'all, thankz byk2..  luv u.. :)

Saturday, July 9, 2011

Seandainye Dia bukan Milik ku lagi..

Ya Allah Ya Tuhan ku….
Jika dia bukan milikku lagi…
Kau hilangkan perasaan cinta yang pernah wujud di dalam hati ini….
Biarlah perasaan cinta itu hanya wujud sekali sahaja untukknya….
Aku tak sanggup menangung derita mencintai dan merindui nya lagi…
Sedangkan ku tahu dia bukan miliku lagi….
Aku doakan dia bahagia bersama insan lain….
Dan aku juga mahu diri ku bahagia…..
Ya Allah Ya Tuhan ku…
Kau bebaskan perasaan ku ini…..
Terlalu sengsara rasanya memiliki perasaan cinta ini….
Jika memang waktu untuk aku mencintainya telah habis….
Kau tutup kan perasaan cintaku ini untuknya….
Agar bayang2 cintanya tidak terus menghantui hidup ku Ya Allah…
Aku tahu aku terlalu mencintai nya….
Setiap masa ..setiap saat…
Pasti terbayang memori2 indah aku bersamanya….
Kehilanganya memang sukar ku terima….
Aku tahu…dia takkan kembali kepada aku lagi….
Aku terima ujianMu ini Ya Allah dengan hati yang terbuka…
Walaupun terlalu berat untuk aku hadapinya….
Aku insan yang lemah….
Tetapi aku tak mahu terus lemah…
Lemah hanya kerana gagal dalam bercinta…
Sedangkan cinta yang Hakiki hanya lah padamu Ya Allah….
Ya Allah Ya Tuhan ku…..
Bantu lah aku untuk melupakan nya ya Allah…
Aku mahu terus hidup dalam dunia yang nyata …
Aku tak mahu terus merasa derita mencintai dan merinduinya ..
Mencintai dan merindui dia yang bukan lagi miliku…
Aku telah merelakan dia pergi Ya Allah…
Aku terima dengan pilihanya Ya Allah..
Aku redha jika takdirnya dia bukan jodohku….
Dan…aku juga mahu cintanya juga pergi…
Biarlah kisah cinta aku dan dia menjadi sejarah…
Sejarah yang lebih mematangkan aku …
Sejarah yang menjadikan aku lebih kuat….
Sejarah yang menjadikan aku lebih bersyukur ….
Ya Allah Ya Tuhanku…
Terlalu berat ujian cinta ini…
Jadikan aku hamba yang lebih kuat ..
Agar aku tidak lalai dalam kesedihan cinta ini Ya Allah…
Semoga satu hari nanti cinta di hati ku ini akan berputik kembali….
Dan jika saat itu telah tiba Ya Allah…
Kau jatuh kan lah cinta ku itu pada …
Seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU Ya Allah..
amin2…Ya Rabbal Al Amin…

Tuesday, July 5, 2011

sikap Lelaki Suka Dan Tak Suka terhadap wanita dalam mencari pasangan

Lelaki suka:
* Sikap kelakar
* Budi pekerti dan kesopanan
* Murah hati
* Senyuman manja
* Pandai memasak
* Pandai dalam mengenakan pakaian
* Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
* Tak mudah naik angin
* Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
* Tak terlalu seksi dalam berpakaian
* “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
* Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
* Berwawasan atau bercita-cita tinggi
* Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
* Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
* Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
* Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
* Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
* Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
* Sikap keibuan
* Sukakan kanak-kanak
* Suara lembut tanpa dibuat-buat
* Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
* Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
* Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
* Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
* Tahu bersyukur
* Pandai berjimat-cermat
* Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal

Lelaki Tak Suka:
* Wanita yang suka mengumpat 
* Sombong dan bongkak
* Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
* Hisap rokok
* “Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
* Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
* Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
* “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
* “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
* Wanita yang hipokrit
* Pembohong dan suka mencari alasan
* Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
* Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
* Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
* Pengotor dan pemalas
* Tak bertanggungjawab langsung
* Tak pandai mengemas
* Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
* Kuat berleter walau hal remeh temeh
* Boros berbelanja
* Tak tahu memasak
* Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
* “Queen Control” atau suka mengarah-arah
* Tak pandai bergaya atau selekeh
* Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
* Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
* Panas baran
* Kuat merajuk dan sukar dipujuk
* Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
* Tak mahu mengakui kesilapan dan ego
p/s : Anda sendiri (wanita) perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.