Tuesday, October 18, 2011

1st experience

assalammualaikum u'oll..
hahahha... ari tu da cter kan yg aku buat part time kat mc'D,ade kan?
so ari ni aku nak citer la pengalaman aku yg dah memulakan tugas sbg crew semalam..
wah mmg terbaikk la..
aku keje pukul 7ptg sampai la 11 mlm..
berdiri je babe,lenguh kaki..
mula masuk tu aku kenalkan diri kat crew - crew lain..
soo far dorang semua baik - baik belaka..
semalam aku ditugaskan mengoreng fun fries..
wah,terbaik la ..
dok kat dapur yg panas , lampu yang panas..
selain tu aku pun belajar sikit2 jadi runner..
runner tu bukan yg lari - lari tu.. runner tu yg siapkan makanan org order tu, ok K.L.I.N?
ari ni aku x tau la ape keje aku, mungkin runner? atau mungkin juga lobby ? hahahah..
tengok la nt..
ok la,nak siapkan keje ni..
bye !!!


p/s : love u'oll..

Saturday, October 15, 2011

rezeki oh rezeki

assalammualaikum u'oll..
meh sini dok rapat2 meyh,nak cerita ni..
pagi tadi kan,aku pegi la joging kat TASIK SHAH ALAM, ala yg depan KOMPLEKS PKNS tu..
korg tau x? klu x tau korg tgk la kat google ok? hahah
nak jadikan citer,lepas balik joging tu aku pegi la PKNS tu,nak beli aiskrim mc'D , chocotop nyum3..
sebelum aku beratur nak beli aiskrim tu, ade la borang kerja kosong kat depan mc'D tu..
tibe - tibe secara autometik tangan aku ni gatal nak isi borang tu..
sebelum ni mmg da byk aku mintak keje partime,tapi tak penah nye dapat..
kata nak call,da naik beruban aku menunggu..
so, bila aku mintak partime kat mc'D ni,xde la ku berharap sangat kan?
jadi tengah aku concentrate khusyuk isi borang tu, manager tu pun suruh aku masuk dalam..
hahhaahha..
nak tau ape jadi ?? alahai, suspen la pulak..
manager tu terus citer pasal mc'D..
wah, tak payah tenguk borang ,terus terima aku..
jadi aku pun xcited la kan dapat jadi crew mc'D walaupun cume partime..
at least, ade la masyuk kan?
sape nak bagi? xkan nak harap family kot..
start isnin ni mula la kehidupan aku sebagai crew mc'D..
suke suke suke !!



p/s : tak rasa aku macam lari course ke?
       seni bina - makanan ?
       hahahha,bia la,janji aku minat ...

Wednesday, October 12, 2011

tak ku sangka tak ku duga

malam...
ku tidur tak lena
teringatkan dirimu
terimbas kembali kenangan lalu
alangkah indahnya bersamamu

mengalir air mataku
menemani malam sepiku
ku rindu saat bersamamu
sukarnya ku untuk melupakanmu

dahulu engkau berikan cinta
mengapa kini engkau berubah
manakah janji akan setia menanti

jikalau engkau tak lagi cinta
katakan saja aku tak kisah
dari kau terus membuat ku menunggu 

tak ku sangka
tak ku duga
perpisahan yang akan melanda
dah ku cuba pertahankan
namun dirimu pergi jua

cintamu bagaikan rembulan
yang hadir bila malam menjelang
kau hilang bila siang mendatang
begitulah sikap mu oh syg


kau lontar cintaku ditepian
ku bagaikan hanyut di lautan
yang lemas di dalam percintaan
dipukul gelombang keresahan


dahulu engkau berikan cinta
mengapa kini engkau berubah
manakah janji akan setia menanti
jikalau engkau tak lagi cinta
katakan saja aku tak kisah
dari kau terus membuat ku menunggu

tak ku sangka
tak ku duga
perpisahan yang akan melanda
dah ku cubapertahankan
namun dirimu pergi jua 

cintamu bagaikan rembulan
yang hadir bila mlm menjelang
kau hilang bila siang mendatang
begitulah sikap mu oh syg

kau lontar cintaku ditepian
ku bagaikan hanyut di lautan
yang lemas di dalam percintaan
dipukul gelombang keresahan

mengalir air mataku
menemani malam sepiku
ku rindu saat bersamamu
sukarnya untukku melupakanmu

Tuesday, October 11, 2011

pusing2 UITM SHAH ALAM

assalammualaikum !!
hai hai hai..
semalam ,buat pertama kalinya aku masuk UITM..
bkn blaja kt situ,tapi saje gedik ikot akak ofis ( kak dd) g faculti dye..
yela,teringin jgk nk tgk UITM tu,sebelum ni lalu depan je..
seronok sgt.. thankz ye kak dd bwk kte.. 

balik kampung

assalamualaikum ..
alhamdulillah,ahad semalam aku dapat balik kampung walaupun cuma sehari je..
thankz bibot sebab x meragam kat jalan an xde wat hal..
kalau xde bibot,mesti along xdpt balik kampung an xdpt bergerak ke mne2..
tapi bukan nak cter pasal bibot kt sini,hehehhe.. ( sorry ye bibot)
walaupun cuma balik kampong sehari,tapi aku sangat2 puas hati coz dapat jmpe atok kesygan ku..
argh !!!!
kesian sgt kat atuk,kayap byk sgt kat peha atuk..
2 pun kayap nye da kering sikit,bagus la..
harap2 atuk cepat sembuh..
aku gerak dr shah alam pukul 830 am dan sampai kampung pukul 11am..
singgah sg. besar kejap blikan buah utk atuk,heheheh..
aku mmg bwk slow je,pemandu berhemah la katakan.. ( berhemah ke?)
hahhahha,abaikan..
sampai je kampung sembang2 la an atuk,yela kan lme x jmpe.. :)
petang nye pulak pegi kebun ,tebang pisang..
hahaha,lme x masuk kebun.. :)
penat3..
dalam pukul 5 ptg kemas2 nak balik..
keluar rumah mmg la pukul 5,tapi gerak balik shah alam pukul 7pm..
sudah jd kebiasaan,kalau balik kmpung sebelum nk balik shah alam mesti kne punch card dlu kt KFC SG BESAR dgn sape lg kalau bkn dgn si MNSS..
rasenye KFC tu pun tau kalau aku balik kampung.. hahaahha..
lepak punye lepak,sampai la pukul 7..
da tu terus gerak balik shah alam.
xde la takut sgt coz ade ramai org kat jaln,hahaha..
sampai shah alam terus lepak umah makcik kat sek7..
tido umah makcik,x balik umah pun..
pagi isnin baru balik umah..
hahah..
ok la, bye..

note : merepek ape aku ni? ('',)v

Friday, October 7, 2011

APA ITU KAYAP ??

Penyakit kayap terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kayap melukut, kayap jagung dan kayap ular atau nama saintifiknya herpes zoster atau disebut shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes.


Lazimnya ruam kayap ular ini bermula dari tengah belakang dan merebak hingga ke bahagian dada. Pada kebiasaannya kayap ular ini menyerang sebelah dada sahaja. Akhirnya, kayap ular ini akan menyerang urat saraf ‘rasa’ di bahagian’ mata, sekiranya ia tidak dirawat ketika di peringkat awal lagi. Bila ini berlaku, seseorang akan merasa pening-pening dan sakit diikuti pula dengan tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata.

Jika mata turut diserang ia kelihatan merah dan berlakulah apa yang di-katakan ‘conjunctivitis’. Mana-mana urat saraf ‘rasa’ akan diserang oleh kuman kayap ular ini bila tumbuhnya kayap ini di kulit di mana adanya urat saraf ‘rasa’. Ruam yang berlaku pada kulit memakan masa dari 10 hari hingga dua minggu untuk sebuh jika dirawat dan kemudian ia akan mula reda dan meninggalkan parut pada kulit.
Bagi pengidap kayap ular yang lebih tua, mereka akan merasakan kesakitannya dalam jangka waktu yang lebih lama iaitu berbulan-bulan ataupun makan tahun, apatah lagi jika ia tidak dirawat. Kesakitan ini digelar ‘Post-Herpetic Neuralgia’ dan begitu menyeksa kerana ubat-ubatan yang diberi lazim-nya kurang berkesan. Sebelum seseorang pakar dapat merawat kayap ular Ini dia harus benar-benar mengetahui secara lebih mendalam akan penyakit ini.

Pada hakikatnya, rawatan yang diberikan kepada pesakit kayap ular ini ialah untuk mengurangkan ataupun meringankan kesakitan dan mencegah jangkitan yang menyebabkan bernanah akibat dari bakteria. Rawatannya mudah, pesakit akan diberikan sejenis pil untuk dimakan. Sementara itu ubat sapu yang ber-bentuk krim ataupun cecair juga diberikan untuk disapu ke atas ruam yang berlaku.

Tujuannya ialah untuk mengurangkan rasa kurang senang akibat kesakitan dan gatal-gatal di samping membantu mengeringkan kulit yang melecur.
Jenis-jenis kayap.Selain kayap ular,
Kayap api2
Kayap tompok
Kayap selendar
Kayap harimau
Kayap bersambung (umur pendek)

Simtom-simptom bila terkena penyakit ini? Apabila virus ini berada dalam badan, mangsa akan berasa demam, tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam panas, badan rasa sengal dan hilang selera makan. Bagi penyakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan. Bagaimanapun kayap ular ini juga boleh menyerang seseorang tanpa mempunyai sebab. Kuman kayap ular ini menyerang urat saraf ‘rasa’ dan kerana itu jangkitan yang berlaku menyebabkan pengidapnya rasa sakit dan bisa.

Contoh kayap ular menyerang dibelakang badan

Kayap ular ini akan muncul buat pertama kalinya di beberapa bahagian tubuh badan seseorang, bergantung kepada urat saraf ‘rasa’ yang mana diserang. Serangan yang berlaku adalah diikuti dengan rasa sakit di bahagian kulit di mana urat saraf ‘rasa’ berada. Kesakitan yang dirasakan memakan masa dua hingga 3 hari sebelum ruam merah terbentuk. Lazimnya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf ‘rasa’.

Pada mulanya, ruam merah yang bertompok-tompok akan kelihatan pada kulit dan kemudian lebih banyak ruam yang berbagai bentuk dengan warna kemerah-merahan dan melecur-lecur berlaku. Ruam merah yang bertompok itu mengandungi nanah sebelum pecah dan menyebabkan kulit jadi melecur. Setengah daripada kulit yang melecur ini akan menerbitkan darah dan rasa sakit akan berterusan bila ruam terus merebak di sekeliling tubuh.

Bagaimana mengubatinya??

Petua 1.
Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.

Petua 2.
Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.

Petua 3.
Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. penyakit ni sesiapa pun boleh dapat termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi penyebab. Saya memula terkena tak tahu pun itu kayap dan memangla masa tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah seminggu dah kering.

Petua 4. (Untuk kayap setompok).
Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting skali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.

Petua 5.
Pucuk daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kayap tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.

Petua 6.
Guna jenis ubi, lupa plak nama ubi tu seakan2 keledek di gosok kat simen/lesung batu, ambil pati dia dan sapu di tempat kayap tersebut, alhamdulillah kering 2,3 hari lepas tu..cuba rujuk orang2 tua tentang ubi.

Petua 7
Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk sapu pada tempat yang kena tu.

Petua 8.
Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam.Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnahrasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyaki-payakit kulit yang lain.Petua ke 9.1. Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.

2. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.3. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap. Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik.
Pantang larang ketika sakit ini.Jangan makan makanan berminyak.
Buah tempatan tak boleh makan.
Tak boleh dengar orang goreng lauk, dan tak boleh goreng sebarang benda pun.
Tak boleh kena sabun.
Tak boleh makan buah@sayur yang menjalar/berjalur (contohnya tembikai,timun,labu)
Tak boleh makan makann yang gatal contohnya (seafood,ayam,telur)

risau

assalammualaikum ..
pertama sekali, sorry sgt coz lame x update..
bz mengalahkan bos..
ni nak cakap aku tgh risau sangat2,yang teramat sangat..
nenek aku sakit,peha penuh kurap , eh silap kayap..
mungkin bg korang benda tu mengelikan dan akan menaikkan bulu roma korg..
tapi x bg nenek aku..
ahhh, sedih sangat..
4 ur information,aku panggil nenek aku tu atok..

 tadaa ------->
 ni la atok aku..
 :: atok,jangan lupa makan ubat ye?
     jaga diri elok2..
     along sayang atok..
 insyALLAH along balik ahad ni..
luv atok sangat2..

(sorry tok pic candid ) ('',)V