Wednesday, November 21, 2012

KAU TERINDAH

alhamdulilah masih diberi ruang dan peluang untuk menaip dan terus menaip walau hakikatnye tgh demam + sakit tekak. aku ni kalau batuk komfem2 la setengah bulan baru baik. hai entry kali ni tajuk kemain lagu ALYA . hahahha die memang terindah dalam hidup saya. sape lagi kalau bukan akak manager saya akak falihin . hari ini ape yang dye cakap betul2 buat sy terharu sampai menitiskan air mata . thankz akak sebab sayang kita. kita sayang akak sangat . kite dah anggap akak macam kakak kite . akhirnye kite ade kakak :) harap hubungan kita xkan terpisah . aaamiiinnnn..


see terharu x ? seyes lepas aku baca terus aku menangis . terharu beb . thankz kak epa .
note : aku memang x suke menulis dari dulu lagi . that why la semue entry aku pendek2 .

Wednesday, November 14, 2012

senang hati ke ?

alhamdulilah masih diberi peluang untuk menaip dan terus menaip. sebelum tu SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIRAH kepada semua umat islam . haish sejak akhir2 ni semua kawan sekolah dulu terkejut tengok perubahan aku . wah . hahhaahha aku pun xtau kenapa aku semakin berisi . orang kata senang hati . hem senang lah sangat . senang dengan rezeki yg diberi oleh ALLAH kepada aku .. aaaammmiiiinn. sambung balik cerita tadi . camne nak kurus ni eh ? nak kurus mcm dulu mase sekolah arghhhhhhh!!!
pic zaman kolej 2010
10.11.2012
nampak kan perbezaan nye?


nota : gemuk tu cute ape . daripada kurus kering . ahaks .

Monday, November 12, 2012

benci jadi cinta


wah tajuk kemain . ni la yang terjadi pada aku . sape sangka lelaki yang aku benci sekarang da jd insan yg palingg aku sayang . aceh . sangat2 x sangka . kalau korang nk tau aku penah lempang muke dye sbb dye update yg merepek kat fesbuk aku . kitorang ni 1 kolej 1 kelas . mase sem 2 aku mmg benci giler dgn dye ni . ktorg yg gurl2 ni mmg benci giler la . tp sem 4 ktorg makin rapat sbb ktorg 1 group meniaga . sape sangka kan? now i with him . i love u for a thousand years sayang . 
doakan kami kekal okeh ?


 
thanks because u complete my life <3

ahmad fawwaz & saida rosnan

Monday, November 5, 2012

kebaikan memelihara kucing



Mungkin kita semua tidak menyedari banyak faedah yang dapat diperolehi dengan membela dan menyayangi kucing. Jom kita sama-sama review manfaat membela kucing terhadap manusia.

1. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung

Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular  daripada mereka yang mempunyai  kucing.  Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah

2. Meningkatkan fungsi  sistem imun (Daya Tahan Penyakit)

Membela  kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan  sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.

3. Mencegah Alergi

Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk membela kucing .  Membela kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan  berkembang.

4. Membantu mencegah asma pada anak

Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.

5. Mengurangkan Tekanan Darah

Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap  kucing dapat membantu  menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

6. Menurunkan Kolestrol

Berdasarkan kajian  pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.

7. Mengurangkan risiko Mendapat Stroke

Prospek mempunyai stroke adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan stroke, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Memiliki kucing dapat mengurangkan risiko stroke. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.

8. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) dan rasa cemas

Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga  binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stres. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.

9. Menjadikan mood anda dalam keadaan “cool”

Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu memperbaiki mood anda. Ini termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda.

10. Dapat membantu pesakit-pesakit Autis

Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dalam terapi untuk anak-anak autis.

11. Mengurangkan Kesepian

Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi.